Tuesday, March 29, 2011

10 Sen 1971

--> Sebab ak da janji nk cerite pasal 10 sen 1971 ni dlm entry lepas... So, entry ni khas tuk 10 sen 1971 je... (intro dulu skali... haha) dikenali sebagai syiling edaran Malaysia siri pertama (a.k.a. siri parlimen).
-Diameter : 19.40mm.
-Berat : 2.80g.
-Komposisi : kupro-nikel.
-Tanda Tempaan: "G.C." (Geoferry Colley).
-Ditempa di : Kilang Wang, Shah Alam.
-Jumlah Tempaan: 32 236 keping.
-Condition yg dalam pic diatas: EF.


--> Ape yg spesel sgt ngan duit nih? Knape ramai sgt yg dok cerita pasal duit nih?
sbenarnya syiling nih feymes sgt sbb susah nk jumpa dalam kalangan duit2 yg kita guna hari2 tu... Tapi klu kita cari kt kedai jual coins n banknotes nih ad jer... Org dok cerita sgt pasal duit nih sbb nk bagitau sebelom kita belanja tu tgk dulu tahun duit tu, manela tau klu bertuah ad sebijik duit nih... Xla rare sagt coin nih (masih mudah didapati di Mudah =D)... cuma dia popular je n populariti dia la yg membuatkan harganya agak mahal... Syiling nih susah nk jumpa klu kita cari lam tabung syiling ke or mane2 sebab jumlah tempaan dia agak sedikit berbanding ngan syiling adik beradiknya yg ditempa sehingga berjuta-beratus juta keping.

--> Kenapa jumlah tempaannya sedikit? Banyak cerita yg keluar dari mulut2 numist... antaranya:

1. Mungkin disebabkan sudah terlalu banyak syiling 10 sen ditempa pada tahun 1967 & 1968.
2. Mungkin juga 1o sen 1971 nih ditempa mengunakan baki duit syiling kosong yg dipulangkan dari Royal Mint, U.K.
3. Ada juga cerita yg mengaitkan banjir besar di Shah Alam sehingga merosakkan mesin tempaaan syiling ini lalu terbantutlah pengeluaranya.


Pantun??? yela2... -____-''

Mintak sposen nk beli gula-gula,
Nak beli sebijik dikedai Bedut,
Sposen 1971 paling jarang jumpa,
Sebab tempaanya palinglah sikit...

Wednesday, March 23, 2011

Koleksi Kad Top Up / Prepaid.

--> Kad2 top up Celcom... Ingat lagi x? huhu skunk da xcantik kad top up dia... da stop kumpul da... =( Yg star wars n blits tu limited edition... hehe


--> Yg ni kad tambah nilai TMTouch n Didi... yg 6 keping kt atas tu yg TMTouch... hehe legend ppunyer... haha dulu smpai nk terberak bila nk beli kad top up nih... skunk RM3 pon boley... hahaha =D... Yg gmbar ktera tu rasenya GT Jepun taon 2002 klu xsilap...


--> Ni lak kaum kerabat Hotlink/Maxis... Ad edisi World Cup 2006 n euro 2004... Dulu kad top up buat dr plastik... skunk kertas keras jerk... -__-''


--> Yg nih cover Prepaid Card yg dlu n skunk... Boleh tgk beza harga dia lam bulatan merah tu... Yg paling mahal kt atas yg TMTouch punyer (RM178) n paling murah Digi (RM8.50)... Bapak jaoh bezanyer... Dulu nk beli sim card bkan main susah lagi... skunk awek majuk ngan boyfren pn rilek je patahkan sim card... -___-''


Panton lagi!!! (pantun ker???)
Awek suh kol time xde kredit,
Pastu majuk nk mintak cerai,
Dulu kad top up gila smart,
Tapi skunk... buang jela bhai.


Sunday, March 20, 2011

Iklan Dalam Kotak Rokok

--> Biasanya syarikat rokok klu nk kluarkan produk baru or nk hebahkan ape2 mengenai rokok dia mesti dia letak kertas nih lam kotak rokok dorang b4 diedarkan... maklum la... iklan rokok da xbleh disiarkan kat tv or radio Malaysia... haha... So syarikat rokok gunakan pengekatan nih tuk iklankan mengenai rokok dorang... Ak pulak xtergoda ngan produk dorang... Tp tergoda dgn design2 pada iklan ni... Mmg superb!!! Mmg style gambarnyer... Klik pic tuk besarkan gmbar...


--> Walaupon ak x merokok... Tp kumpul iklan2 nih best gak... xyah beli rokok... kwan ramai isap rokok... amik jela dr kotak rokok kwan tu... hehe... Mmg berseni la iklan2 dr kotak rokok nih! Xtau la ad ke x org len yg kumpul benda nih... Klu ad jom la kongsi!!!

*Nk berpantun sket nih:::>

Rokok Texas rokok Saat,
Yg mane sedap xku ketahui,
Past bce sila la coment,
Coment anda amatlah dihargai,

Clothing tags...

--> Selain kumpul duit... bnyak benda lagi yg ak kumpul... hehe... yg nih tag2 baju, sluar, slipar jepun n so on lah... =D xpayah kluar modal pon... xde la ak nk beli ngan org... just bila ak beli baju ak amik tag dia n simpan... bila da bnyak jadila satu collection... tanpa kita sedar actually tag2 nih pon ad design2 n seni dia yg tersendiri... xkira la yg branded or cap ayam... rekaan dia gak salah satu daya penarik tu org beli produk tu sbenarnya... sbb harga barang yg nk dibeli ad kt tag la! hahahaha... da kaki kumpul tu ape2 pon bleh jadi... hahahahaha nnt ak update lagi collection yg lain...

Monday, March 14, 2011

Senarai syiling edaran yg tidak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

1 sen --> 1969, 1972, 1974, 1975.
5 sen --> 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1986.
10 sen --> 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986, 1987.
20 sen --> 1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985, 1986, 1995, 1996, 1999, 2003.
50 sen --> 1970, 1972, 1974, 1975, 1976, 2006.

Coins 50sen lengkap* dari tahun 1967-2010.

--> 1967-1980... untuk 50sen siri Parlimen nih... yg sangat susah didapati adalah yg ditempa pada tahun 1969... hanya 2 juta keping je ditempa... Harganya juga boleh tahan klu keadaan syiling 50 sen 1969 ni masih elok...


--> 1981-1990... ramai pengumpul yg cari coin 1988 yg ad extra dot kt bangunan parlimen kt blakang tu... huhu ak xde lagi... bnyak cerita tentang coin 50 sen nih... tp panjang ceritanya... mgkin ak akan cerita pada post yg akan datang... InsyaAllah... =)


--> 1991-2000... 50 sen yg harganya boleh tahan tingginya klu compare ngan 50 sen biasa yg lain adlah 50 sen yg dikeluarkan pada 1992, 1993, 1994, 1995 and 1996... yg ditempa sebanyak 15134992, 7657991, 6565914, 1650423 and 7475790 respectively...


--> 2001-2010... yg membuatkan ak konpius smpai ak letak "lengkap*" kt title tu adalah disebabkan 50sen tahun 2006... pelik lagi musykil dibuatnya... ak masih tertanya2 lagi adakah 50 sen 2006 ni dikeluarkan atau tidak... klu dikeluarkan xcukup lagilah koleksi nih... ad buku yg tulis ad keluaran n ad yg tulis xde... tp sesedap hati ak kate rasenya xde... huhu

Coins 20sen lengkap dari tahun 1967-2010.

--> 1969-1981... Dalam 20sen siri parlimen nih... yg agak susah didapati adalah 20sen yg dikeluarkan pada tahun 1970 (1054000 keping), 1971 (9958419 keping), and 1978 (6847062 keping)... so bila jumpa tu eloklah disimpan... kerana semakin tahun meningkat, semakin meninggkat jgaklah harganya...


--> 1982-2000... 20sen tahun 1994 yg agak susah didapati sebab hanya 2680339 keping je ditempa... ak jumpe pon 2 keping je... satu lm tabung housemate ak... n satu keping lagi lam tabung abg ak... huhu


--> 2001-2010... remmber!!! 20sen tahun 2003 tiada dikeluarkan oleh Bank Negara ye... so jgnlah jd cm ak punyerlah cari kaw2 punyer... last2 bru sedar 2003 xde lam pengeluaran... -__-''