Monday, March 14, 2011

Coins 50sen lengkap* dari tahun 1967-2010.

--> 1967-1980... untuk 50sen siri Parlimen nih... yg sangat susah didapati adalah yg ditempa pada tahun 1969... hanya 2 juta keping je ditempa... Harganya juga boleh tahan klu keadaan syiling 50 sen 1969 ni masih elok...


--> 1981-1990... ramai pengumpul yg cari coin 1988 yg ad extra dot kt bangunan parlimen kt blakang tu... huhu ak xde lagi... bnyak cerita tentang coin 50 sen nih... tp panjang ceritanya... mgkin ak akan cerita pada post yg akan datang... InsyaAllah... =)


--> 1991-2000... 50 sen yg harganya boleh tahan tingginya klu compare ngan 50 sen biasa yg lain adlah 50 sen yg dikeluarkan pada 1992, 1993, 1994, 1995 and 1996... yg ditempa sebanyak 15134992, 7657991, 6565914, 1650423 and 7475790 respectively...


--> 2001-2010... yg membuatkan ak konpius smpai ak letak "lengkap*" kt title tu adalah disebabkan 50sen tahun 2006... pelik lagi musykil dibuatnya... ak masih tertanya2 lagi adakah 50 sen 2006 ni dikeluarkan atau tidak... klu dikeluarkan xcukup lagilah koleksi nih... ad buku yg tulis ad keluaran n ad yg tulis xde... tp sesedap hati ak kate rasenya xde... huhu

Coins 20sen lengkap dari tahun 1967-2010.

--> 1969-1981... Dalam 20sen siri parlimen nih... yg agak susah didapati adalah 20sen yg dikeluarkan pada tahun 1970 (1054000 keping), 1971 (9958419 keping), and 1978 (6847062 keping)... so bila jumpa tu eloklah disimpan... kerana semakin tahun meningkat, semakin meninggkat jgaklah harganya...


--> 1982-2000... 20sen tahun 1994 yg agak susah didapati sebab hanya 2680339 keping je ditempa... ak jumpe pon 2 keping je... satu lm tabung housemate ak... n satu keping lagi lam tabung abg ak... huhu


--> 2001-2010... remmber!!! 20sen tahun 2003 tiada dikeluarkan oleh Bank Negara ye... so jgnlah jd cm ak punyerlah cari kaw2 punyer... last2 bru sedar 2003 xde lam pengeluaran... -__-''

Coins 10sen lengkap dari tahun 1967-2010.

-->1967-1983... dalam banyak2 syiling 10sen nih tahun 1971 lah yg paling susah+payah+sukar nk cari... huhu berbelas2 tabung dah ak selongkar... langsung xjumpe... so kena beli jugak la... huhu... knape susah sangat nk jumpe nih??? nnti la ak cite sal 10sen 1971 nih lam post len... hehe =D


--> 1988-2003... dalam nih yg agak susah tuk didapati adalah 10sen tahun 1994 and 2003. Sbbnye~ mengukut rekod Bank Negara Malaysia yg 1994 hanya 7122222 keping sahaja yg ditempa and yg 2003 sebanyak 8640000 keping... lapan juta? tujuh juta? bnyak tu~ haha bnyak ikut pengiraan je... actually sikit je klu compare ngan tahun2 lain yg beratus and berpuluh juta... yang paling banyak ditempa adalah 10sen tahun 1998 sebanyak hampir 2bilion keping!!! o.O''


--> 2004-2010... huhu hanya sebagai pelengkap tahun2 yang da lepas... =D

Wednesday, March 9, 2011

Panduan Untuk Mengred Wang Kertas (banknotes)

--> UNCIRCULATED (UNC)- Keadaan wang kertas ini adalah amat sempurna tanpa ad kesan pengendalian. Wang kertas ini bersih tanpa kepudaran warnanya dan berkilau dengan kilaun asalnya. Penjurunya masih tajam dan tidak membulat mahupun membengkok.


--> ABOUT UNCIRCULATED (AU)- Keadaan wang kertas yang hampir sempurna dengan kehadiran kecil tanda-tanda pengendalian. Mungkin ad satu kesan lipatan halus pada satu bahagian muka wang kertas ini. Mungkin terdapat kesan pengendalian (pengiraan) tanpa lipatan yang kasar sehingga memecahkan permukaan wang kertas ini. Semua penjuru tidak berbentuk bulat. Wang kertas ini juga perlu bersih dadi kekotoran dan masih kekal dengan kilauan asalnya.
(contoh kesan lipatan halus hasil dari pengiraan di dalam bulatan dari gambar contoh diatas)


EXTREMLY FINE (EF)- Merujuk kepada keadaan wang kertas yang menarik dengan kesan2 pengendalian. Maybe mengandungi maksimun tiga lipatan halus atau satu lipatan kasar. Wang kertas ini masih bersih dan berkilau. Penjuru wang ini mungkin kelihatan sedikit membulat.
(contoh di dalam bulatan satu lipatan kasar/keras ditengah wang kertas tersebut)


--> VERY FINE (VF)- Wang kertas yang masih menarik dengan kesan-kesan pengendalian san pengedaran yang lebih banyak. Mungkin terdapat beberapa kesan lipatan yang melintang atau menegak. Mungkin mengandungi sedikit kesan kotor dan kepudaran warnanya. Tiada kesan koyak dan penjuru tidak tajam tetapi bukan bulat sepenuhnya.
(dapat dilihat kesan pengedaran yang agak bnyak sehingga terdapat kekotoran di dalam bulatan di atas)

--> FINE (F)- Terdapat kesan pengendalian dan pengedaran yang lebih menonjol dengan banyak kesan lipatan dan kekotoran yang tidak melampau. Kertas terasa lembik dan mungkin terdapat kesan koyakan yang kecil di sempadan rekacorak tetapi bukan lubang ditengah wang kertas itu. Warnanya terang tetapi kilauanya sudah hilang. Penjuru mungkin kelihatan bulat.
(terdapat kesan kendalian dan lipatan yang ketara dan kasar pada wang kertas contoh diatas)


Mcam biase ada seulas pantun dsini-->
Itik relaks diatas pagar,
Ayam melepak ddalam reban,
Patik budak masih blajar,
Kalau trsilap tlg btulkan..
SEKIAN TRIMAKASEHH!!!

Thursday, March 3, 2011

Panduan Untuk Mengred Duit Syiling.

--> PF (Peruf)- Duiit syiling Peruf adalah duit syiling yang ditempa khas dan dapat dibezakan pada bentuk corak yang terperinci. Duit syiling peruf biasanya sangat berkilau bagaikan cermin. Hanya dapat diperolehi daripada keluaran khas.



--> BU (Brilliant Uncirculated)- Mungkin terdapat kesan setuhan yang jelas dan sangat sedikit kesan kecacatan di kawasan tumpuan utama. Kilauan duit syiling ini juga mungkin sedikit berkurangan.


--> UNC (Uncirculated)- Tiada kesan lusuh. Mungkin terdapat beberapa kesan sentuhan. permukaan munkin berbintik dan kehilangan sedikit kilauan pada duit syiling ini.
--> AU (About Uncirculated)- Terdapat kesan kelusuhan yang ringan pada kebanyakan ciri-ciri tinggi pada duit syiling ini. Sekurang-kurangnya setengah kilauan masih kelihatan.
--> EF (Extremely Fine)- Terdapat kelusuhan ringan di kesemua reka bentuk tetapi kesemua ciri-ciri reka bentuk masih kelihatan mendadak. Kesan kilauan masih lagi kelihatan.


Sedikit panduan yg mungkin berguna bagi yang baru je nk ceburi bidang nih.
Kepada yg arif, klu ad kesilapan dalam panduan ini tlglah tegur ye... =D
Sekerat pantun disini --> Buah kelapa diluar pagar,
Buah durian didalam pagar,
Saye budak sedang belajar,
Pada yang arif tolonglah ajar. =D

Wednesday, March 2, 2011

Coins Of Malaysia 1990 Limited Special Edition introduce Malaysia to the world

--> Front cover with case.
--> Page one is description about Malaysia.
--> Page three description about motif used on the reverse of the coin.
This limited special edition Coins of Malaysia 1990 introduce to the world about Malaysia!
first sentence description about Malaysia in this coins booklet is about location of Malaysia and it capital city. Second sentence is about history of Malaysia which started from Malay kingdom of Malacca and the year Malaysia was formed that is 1963.
For third sentence, it tell the world about Malaysian that is embracing a divers group of Malays and other indigenous peoples that is Chinese, Indian and other minorities. Also inform the world about official religion and national languages.
The rest sentences is wrote about a little political review of Malaysia and economic information of Malaysia and Malaysian. (you can click the picture to read full sentences)
The coins of Malaysia actually tell the world about the tradition of Malaysia which showed at the reverse of the coins:
1. RM1- Keris, a traditional Malay dagger backgrounded with popular "songket" motive.
2. 50 sen- Wau, traditional kite of Malaysia which played by Malaysian especially from east coast during the windy seasons.
3. 20 sen- Tepak Sirih, intricately craft that used to store betel leaves and its accompanying condiments.
4. 10 sen- Congkak, Malaysia traditional indor games which played with marbles. (its remind me that im a champion of congkak during my matriculation college study =p)
5. 5sen- Gasing, an entertaining and competitive sport amongst the resident of the East Coast of Peninsula Malaysia.
6. 1 sen- Rebana Ubi, are often assembled in group of five and played during wedding celebrations.
(for more details please read it on the pictures above)
I wrote in English this time is because to share with peoples around the world how this hobby really interesting and of cause to tell the world about Malaysia!!!

Tuesday, March 1, 2011

RM1 3rd series cutting error...

--> tgk beza side yg xsama panjang kt arrow tu...

RM1 3rd series yg ditandatangani oleh gabenor Tun Ismail Mohd. Ali. Printed by Bradbury Wilkinson. Perbezaan dengan 2nd series adalah note RM1 3rd series nih mengunakan imej pendam (latent image).
Note nih ak beli kt Pasar Kedai Payang K.Trg ngan harga RM12 je... huhu mybe pak cik yg jual tu xprasan ad sikit cutting error kt note nih... Walaupun sikit note nih tetap berbeza ngan note yg lain... so harga dia bkan RM12 la... Mybe bleh cecah RM130 kot... cz condition pn UNC lagi... huhu
Mula2 ak beli pon xprasan actully... after 4 month tu bru prasan... Pape pon hati nih tetap puas bila ad jugak la note yg error nih... maklum la kite nih nk beli pon modal kecik... dah la note yg error harganya tinggi kt pasaran... bdak2 cm ak nih mane la mampu... =D